• Maklumat
  • Adakah penyakit jaundis membahayakan bayi anda?

Adakah penyakit jaundis membahayakan bayi anda?

Kebanyakan jaundis neonatal adalah terkawal dan biasanya tidak berbahaya. Namun, jika bayi anda mengalami jaundis neonatal, adalah sangat penting pengamal perubatan membuat pemeriksaan bagi memastikan bayi anda dirawat dengan cara yang terbaik. Ini adalah mustahak bagi mengelakkan komplikasi terhadap bayi anda.

Harus diingatkan bahawa jika bayi anda tidak dirawat, bayi anda mungkin berisiko untuk mengalami masalah jangkmasa panjang seperti sawan dan kekejangan otot, lewat dalam perkembangan, masalah pendengaran, kecacatan fizikal serta gangguan fungsi kognitif.

Bolehkah tahap jaundis diukur?

Terdapat dua cara untuk mengukur tahap jaundis. Meter khas boleh diletakkan pada kulit bayi anda untuk memeriksa tahap jaundis. Jika ia tinggi menggunakan meter, atau hospital tidak menggunakan meter, ujian darah boleh membantu memutuskan sama ada rawatan diperlukan. Jaundis diukur dengan mengambil sedikit darah dari tumit bayi anda untuk memeriksa tahap bilirubin.

Bagaimana jaundis dirawat?

Kebanyakan bayi mungkin sering tidur dan tidak menyusu dengan kerap (sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam). Penyusuan adalah penting kerana ia membantu penghadaman dan membantu bayi anda menyahkan bilirubin dalam najisnya. Oleh itu, anda mungkin memerlukan bantuan atau nasihat tentang penyusuan.

Sekiranya bayi anda mengalami jaundis tahap ringan, biasanya ia pulih dengan sendirinya dalam beberapa hari. Rawatan fototerapi adalah kaedah yang paling kerap dan terbukti berkesan untuk merawatan jaundis pada bayi.

Bagaimanakah fototerapi diberikan?

Fototerapi ialah cahaya Ultra-violet khas yang menyinari bayi anda untuk membantu memecahkan bilirubin di bawah kulit mereka supaya ia boleh dinyahkan ke dalam najis mereka. Fototerapi diberikan dari lampu atas atau melalui tikar atau pad khas. Bayi anda diletakkan di bawah atau di atas lampu khas di dalam katil bayi atau di dalam inkubator. Mereka hanya perlu memakai lampin. Pelindung mata perlu digunakan untuk melindungi mata mereka daripada lampu atas kepala yang terang.

Adakah bayi anda akan terus dipantau selepas mereka pulang dari hospital?
Jika bayi anda mula menunjukkan tanda-tanda jaundis, adalah penting mereka berjumpa dengan pengamal perubatan berdekatan kerana mereka mungkin memerlukan rawatan lanjut di hospital. Jika bayi anda mengalami jaundis atau telah dirawat untuk jaudis, anda juga harus mendapatkan pemeriksaan pengamal perubatan berdekatan dalam masa 1 hingga 3 hari selepas meninggalkan hospital. Pada lawatan ini tahap bacaan jaundis bayi anda akan diperiksa bersama dengan berat badan dan penyusuan. Anda juga boleh berbincang mengenai sebarang isu berkenaan bayi anda.
- Member of -
Opening Hour
IsninClosed
SelasaClosed
RabuClosed
KhamisClosed
JumaatClosed
SabtuClosed
AhadClosed
- Member of -